Pemandu Perodua Myvi cemas, kereta dipandu tiba-tiba terbakar

Kelihatan api sedang marak membakar sebuah kereta.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

KUCHING, Jun 24: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila sebuah kereta yang dipandu tiba-tiba terbakar di Jalan Matang-Samariang di sini malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung dengan kemalangan itu pada pukul 10.20 malam.

Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kereta tersebut.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kereta tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pasukan bomba terus membuat pemadaman menggunakan satu aliran saluran bantu mula air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya.

Katanya, kebakaran telah memusnahkan 100 peratus kenderaan tersebut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 10.49 malam,” jelasnya lagi. — DayakDaily