Pemandu maut, rakan parah kenderaan langgar penghadang besi jalan

Anggota Bomba yang dipanggil ke lokasi kejadian sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
Advertisement

BINTULU, 28 April: Pemandu sebuah kenderaan maut manakala rakannya parah selepas kenderaan yang di naiki mereka telibat kemalangan di Batu 27 Jalan Bintulu-Miri di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superitenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, keenderaan yang di landu mangsa Muhammad Nabawi Abdul Hashim, 31, hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar penghadang besi di kiri jalan.

Akibat perlangaran itu, kedua mangsa tersepit di kenderaan jenis Toyota Unser yang dinaiki oleh mereka.

Advertisement

“Pemandu kenderaan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang tiba ditempat kejadian manakala penumpang cedera parah dan telah dibawa ke hospital bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kecuaian pemandu yang memandu kenderaan terbabit dalam keadaan laju.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kenderaan tersebut dibawa ke balai trafik Bintulu untuk pemeriksaan lanjut PUSPAKOM,” katanya. — DayakDaily

Advertisement