Pemandu maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Taman Tunku

Keadaan di lokasi kemalangan di Taman Tunku, Miri.

MIRI, 29 Mei: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua kenderaan pada Sabtu (27 Mei), di Jalan Taman Tunku.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Alexson berkata, pihaknya laporan kejadian yang melibatkan kenderaan Perodua Viva yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 34 tahun dengan sebuah lagi kenderaan jenis BMW X5 yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 49 tahun.


Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kenderaan BMW XS telah berhenti di lampu isyarat dan telah dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan Perodua Viva.

Kesan perlanggaran tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan Perodua Viva dan mengakibatkan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan BMW X5 tidak mengalami kecederaan.

Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily