Pemandu lori tersepit dalam kemalangan kendiri di Sarikei

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

SARIKEI, 24 April: Seorang lelaki dilaporkan tersepit di dalam lori yang dipandunya dalam kemalangan kendiri di Jalan Selalang, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 9.58 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei diketuai Pegawai Bomba Kanan Haron Jenai terus ke lokasi kejadian.


“Sampai di lokasi kejadian, didapati ada seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas (RES-Q TECH) dan winch jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa selepas berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pasukan bomba seterusya beredar dari lokasi kemalangan selepas memastikan keadaan selamat dan terkawal,” katanya. — DayakDaily