Pemandu lori simen maut, terbabas di Asajaya

Keadaan lori mangsa yang terbalik selepas dikatakan terbabas ke dalam parit.

Oleh Juetila Ozzy

Pemandu lori simen maut, terbabas di Asajaya

KOTA SAMARAHAN, 10 Jan: Seorang pemandu lori simen maut selepas terlibat kemalangan berdekatan Kampung Rabak di Kilometer 19 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya hari ini.


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata mangsa dikenali sebagai Radi Lateng,52 tahun dan berasal dari Kampung Temong Mura, Serian.

Beliau memberitahu mangsa semasa kejadian memandu lori muatan simen tersebut menuju ke Asajaya iaitu sekitar jam 12.40 tengah hari.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan semas bergerak lurus lalu terbabas ke dalam parit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -DayakDaily