Marin rampas rokok bernilai RM208,818 di Miri

Rokok-rokok yang dirampas dalam operasi tersebut.

Oleh Juetila Ozzy

Marin rampas rokok bernilai RM208,818 di Miri

MIRI,10 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas pelbagai jenis rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM208,818 dalam operasi Op Landai COVID-19 hari Selasa lepas.

Komandernya ACP Shamsol Kassim berkata pihaknya melalukan intipan selama empat jam di satu lokasi di kawasan Permyjaya sehingga jam 7.30
malam.

Menurutnya, anggota kemudian mengekori sebuah lori sehingga ke Jalan Sena Tudan dan kemudian menahannya untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa muatan rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak mempunyai cukai apabila pemandu gagal mengemukan sebarang surat atau dokumen yang sah daripada Kastam.

“Pasukan serbuan kemudian merampas kesemua rokok tersebut yang dianggarkan bernilai RM139,250 untuk rokok putih dan RM69,568 untuk rokok keretek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kastam 1967.

“Pemandu lori juga ditahan dan lorinya disita untuk siasatan lanjuut,” katanya.

Rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Taktikal Miru untuk tindakan selanjutnya. -DayakDaily