Pelihara keharmonian Malaysia, tegas Tiong

Tiong (tengah) bersama tetamu lain di Majlis Krismas dan Tahun Baharu 2024 di Bintulu.

KUCHING, 30 Dis: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing mengingatkan semua lapisan masyarakat agar tidak mengeluarkan kata-kata atau tindakan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Katanya, ia penting demi memelihara keharmonian yang sudah lama wujud di negara ini.

“Semua negara inginkan keharmonian, dan perkara itu telah ada di Malaysia, jadi janganlah kita sia-siakannya,” kata Tiong dalam ucapan di Majlis Krismas dan Tahun Baharu 2024 di Bintulu baru-baru ini.


Tambah beliau, seluruh rakyat mengharapkan tahun baharu ini akan membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagian.

Justeru katanya, jangan sesekali kita alpa dengan kenikmatan hidup yang kita kecapi pada hari ini.

“Ini semua tidak dapat dicapai sekiranya kita tidak bersatu-padu dan kekal harmoni,” tegas Tiong yang juga MP Bintulu. — DayakDaily