Pelan anti rasuah OACP STIDC fokus tujuh bidang keutamaan

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 4 Mac: Tujuh bidang keutamaan yang mepunyai risiko berlakunya rasuah diberikan fokus oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dalam merangka Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara bidang yang diberikan keutamaan itu adalah Bahagian perlesenan, Penguatkuasaan Undang-undang, Pengurusan Projek, pentabiran (Sumber Manusia), Tadbir Urus, Perolehan dan Bahagian pengurusan Program.


“Pelan anti Rasuah ini organisasi STIDC ini telah dihasilkan melalui bengkel OACP dan telah diadakan pada 16 hingga 18 Februari lalu dan ia bertepatan dengan usaha STIDC kearah pematuhan Seksyen 17 (A) Liabiliti korporat yang dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.

“Melalui pelan ini, STIDC mempunyai eviden komitmen atasan dalam mengadakan kawalan dalaman melalui pelan OACP,” katanya pada sidang media melancarkan Buku OACP STIDC di sini hari ini.

Awang Tengah ketika melihat Buku OACP STIDC yang dilancarkan pada hari ini (4 Mac)

Katanya, dengan penyedian pelan OACP tersebut, perlaksanaan serta pemantauan aktiviti-aktiviti serta penerapan nilai intergriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan sistematik.

Awang Tengah yang juga Menteri perancangan bandar dan Sumber Asli berkata, sebuah pelan OACP yang dihasilkan hendaklah merangkumi semua aspek termasuk aspek governans, Intergriti dan anti rasuah dalam organisasi yang melibatkan semua bidang serta aktiviti dalam organisasi terbabit.

“Penyediaan pelan Anti Rasuah ini secara tidak langsung akan membantu untuk meperkukuhkan kecekapan pencapaian perkhidmatan awam seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan orang awam terhadap intergriti sektor awan di negeri ini,” katanya. — DayakDaily