Pelajar SMK Long Bedian Pauline Ului lakukan lemparan emas buat Sarawak

Pauline Ului
Advertisement

KUCHING, 21 Ogos: Atlet Sarawak Pauline Ului berjaya memenangi pingat emas dalam lempar cakera wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Sarawak semalam.

Pauline yang merupakan pelajar SMK Long Bedian di Ulu Baram berjaya menghasilkan lemparan sejauh 38.50 meter.

Lemparan itu meninggalkan pesaing terdekat iaitu Farhana Izurein Faizal Amizul dari Perlis yang membuat lemparan sejauh 38.41 meter dan Sasha Alyssa Philip dari Selangor dengan lemparan sejauh 37.62 meter.

Advertisement

Kedua-dua atlet berkenaan masing-masing membawa pulang pingat perak dan gangsa buat negeri mereka.

Pauline ketika ditemui berkata, beliau mula berkecimpung dalam sukan lempar cakera ini sejak memasuki sekolah berkenaan di Tingkatan 1.

ā€œSaya dedikasikan kejayaan ini buat sekolah saya, SMK Long Bedian di Ulu Baram.

ā€œSaya mulai menceburi dalam sukan lempar cakera ini dalam lebih kurang tiga tahun lebih iaitu apabila saya memasuki sekolah menengah,ā€ katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement