Pelajar maut dalam kemalangan di Batu 11 Jalan Kuching-Serian

Kereta yang dinaiki kedua-dua pelajar terbabit.
Advertisement

KUCHING, 26 April: Seorang lelaki maut dan seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat Batu 11, Jalan Kuching-Serian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kemalangan berlaku sekitar jam 11.40 malam.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki kedua-dua mangsa dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger.

Advertisement

“Semasa kereta mangsa sedang membuat pusingan-U dipercayai ketika lampu isyarat masih berwarna merah, tiba-tiba pikap Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki yang sedang bergerak lurus dari arah arah Serian menghala ke Kuching melanggar kereta mangsa.

ā€œAkibat perlanggaran itu, kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, penumpang kereta Axia tersebut disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak pada jam 2.51 pagi hari ini.

Mangsa yang maut merupakan seorang pelajar, 19, berasal dari Kampung Bengoh, Jalan Puncak Borneo.

“Mangsa yang maut adalah penumpang kereta Perodua Axia dan pemandu kereta terbabit juga pelajar lelaki berusia 19 tahun mengalami cedera parah.

“Manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā€” DayakDaily

Advertisement