Pelajar jatuh dari bangunan sekolah di Petra Jaya

Royal Malaysia Police logo

KUCHING,20 Jan: Seorang pelajar lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di Petra Jaya, pagi tadi.

Difahamkan mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan baharu memulakan sesi persekolahan hari ini semasa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.30 pagi.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS menggunakan ambulans dan dikatakan mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badannya.


Sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan untuk kelas-kelas yang mengambil peperiksaan awam. — DayakDaily