Pelajar IPT Sarawak dipelawa menyertai kajian selidik pengalaman kelas dalam talian

Keyboard. — Dayakdaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Jun 25: Sarawak Volunteers (SV) mempelawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak menyertai kajian selidik pengalaman kelas dalam talian di kampung halaman mereka yang sudah bermula.

Kajian selidik itu bertujuan untuk memahami demografi pelajar terbabit dan juga mengumpul data penting terhadap isu liputan Internet, terutamanya yang memberi kesan kepada pengalaman pelajar dalam pembelajaran secara atas talian dengan universiti atau institusi pengajian tinggi masing-masing.

“Hasil dari kaji selidik ini akan membantu kami dalam meneroka inisiatif yang boleh membantu pelajar melalui tempoh pembelajaran atas talian,” menurut SV melalui satu kenyataan di laman sosialnya hari ini.

SV bagi membolehkan pelajar tersebut mengharungi sesi akademik mereka sehingga berjaya dan berharap mereka menyertainya dengan mengisi maklumat kaji selidik itu melalui https://bit.ly/2Niph7M dan mengkongsikannya dengan pelajar anak Sarawak. — DayakDaily