Pelajar digesa daftarkan permohonan bagi fasa kedua i-GPS MATRIK sebelum 12 Ogos

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 5 Ogos: Sarawak Volunteers bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) membuka fasa kedua i-GPS MATRIK kepada anak Sarawak yang akan mendaftar ke pusat matrikulasi di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Ini berikutan berlaku penangguhan tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi dan isu penjadualan semula penerbangan.

“Bantuan (i-GPS MATRIK) yang disediakan untuk para pelajar Sarawak yang datang sendiri tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga ialah pengangkutan darat dari lapangan terbang ke pusat matrikulasi masing-masing,” menurut SV dalam satu kenyataan yang di naik muat dalam laman Facebooknya hari ini.


Selain itu pelajar terbabit juga ada disediakan penginapan sementara untuk yang amat memerlukan.

Sehubungan itu, SV meminta pelajar untuk daftarkan permohonan mereka bagi fasa kedua i-GPS MATRIK sebelum jam 12 tengahari pada 12 Ogos 2020 melalui pautan berikut: https://bit.ly/2XoUYli

Sebarang pertanyaan boleh ditujui ke sekretariat SV di talian berikut melalui panggilan telefon (masa berkerja sahaja) atau WhatsApp: (Nazmi) wasap.my/60135717130 / (Eja) wasap.my/60146983771 / (Khatijah) wasap.my/60128477447. — DayakDaily