Pekerja penyelengaraan maut tersepit pintu lif

Anggota Bomba mengangkat mayat mangsa yang tersepit ketika melakukan penyelengaraan lif.

KOTA SAMARAHAN, 27 Jan: Seorang perkerja penyelengaraan bangunan maut selepas tersepit ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan lif di sebuah bangunan pangsapuri di sini.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima berhubung insiden terbabit kira-kira jam 9.56 pagi memaklumkan terdapat seoranga mangsa tersepit di dalam lif bangunan.

Beliau berkatanya, mangsa, 39, yang tersebit di bahagian kaki dan kepala disahkan maut ditempat kejadian oleh pihak perubatan yang berada di lokasi terbabit.


“Melalui pemerhatian oleh komander operasi, ketika kejadian, lif didapati telah turut menyebabkan mangsa yang sedang melakukan kerja penyelangaraan lif tersepit di bahagian kepala dan kakinya.

“Dalam kejadian ini, badan mangsa berada didalam lif berkenaan manakala bahagian kaki dan kepalanya berada di luar pintu lif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba yang dibantu oleh pihak pengurusan bangunan terbabit mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lif tersebut.

Mangsa kemudiannya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian. ā€” DayakDaily