Pekerja pantas padam kebakaran dapur di Plaza Merdeka

Keadaan dapur yang terbakar.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 5 Jun: Tindakan pantas pekerja di sebuah gerai makan di pusat beli-belah Plaza Merdeka telah berjaya memadam kebakaran di dapur gerai tersebut hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.02 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran berlaku di bahagian dapur dan api telah berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api oleh pekerja di bangunan tersebut dengan dibantu sistem sprinkler.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan. Pasukan Bomba membuat pemantauan untuk mengesahkan tiada kebakaran serta menutup injap sprinkle,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily