Pekerja kilang perabot bunuh anak teman wanita direman tujuh hari

Anggota polis membawa suspek (baju lokap jingga) ke Mahkamah Majistret Miri.

MIRI, Jan 10: Seorang suspek yang ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah sewa di Permyjaya di sini direman tujuh hari sehingga Jan 17.

Perintah reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zuraini Ali Musa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek yang berpakaian lokap dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Miri kira-kira pukul 2.30 petang.


Sebelum itu, permohonan reman tersebut dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat, ASP Lee Chee Kiat.

Sebelum ini, DayakDaily melaporkan aksi kejar-mengejar sejauh kira-kira lima kilometer antara unit kereta peronda (MPV) polis dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback berakhir dengan penahanan seorang suspek yang dipercayai membunuh dan menyembunyikan mayat seorang pelajar di dalam but kenderaan yang dipandunya di Jalan Miri Port, Kuala Baram di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau di sini berjaya ditahan oleh pasukan polis kira-kira pukul 5.55 petang.

Katanya, sebelum adegan kejar-mengejar itu, anggota polis MPV yang melakukan rondaan rutin di lokasi berkenaan telah curiga melihat kelibat suspek yang memberhentikan kereta di tepi jalan di kawasan semak di situ sambil membuka but kereta tersebut.

ā€œBagaimanapun, sejurus menyedari kehadiran anggota polis, suspek kemudian bertindak menutup but kereta itu lalu memecut laju meninggalkan kawasan berkenaan.

ā€œPasukan polis kemudian bertindak mengejar suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum berjaya menahannya di simpang Miri Port,ā€ katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh”. ā€” DayakDaily