Pejalan kaki maut, polis masih kenal pasti identiti mangsa

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

KUCHING, Feb 17: Polis meminta saksi kemalangan maut membabitkan pejalan kaki dengan sebuah kereta di Jalan Setia Raja Kuching di sini pada 14 Februari lalu untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 7.30 malam itu menyebabkan mangsa penjalan kaki terbabit mengalami kecederaan parah di kepala.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi hari berikutnya.

Advertisement

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum diketahui susulan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemandu kenderaan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kejadian, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Inspektor Mohamad Azri Mohd Azhar di talian 012-9059549. — DayakDaily

Advertisement