Pejalan kaki maut, dipercayai dirempuh ketika menyeberang jalan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KUCHING, 10 Nov: Seorang lelaki maut, dipercayai akibat dilanggar kereta ketika menyeberang jalan di Simpang Tiga, di sini petang semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuching dalam kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengadu bahawa ada kemalangan di tempat kejadian pada jam 6.44 petang.

Katanya, anggota bertugas diketuai Kpl (PA) Khairuddin Jamel bergegas ke lokasi kejadian.


“Sampai di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki warga emas terbaring di tepi jalan.

“Menurut saksi, mangsa berlari menyeberang jalan dan telah dilanggar oleh sebuah kereta,” katanya.

Mangsa telah diperiksa dan didapati tiada denyutan nadi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily