Pejalan kaki maut dilanggar lari

Mangsa Jimbun Tandang disahkan meninggal dunia d tempat kejadian
Advertisement

SIBU: Seorang lelaki maut selepas dilanggar ketika melintas jalan berdekatan Kampung Nangka, di sini sekitar jam 2.30 pagi tadi.

Sumber memberitahu mangsa Jimbun Tandang berusia 34 tahun semasa kejadian berjalan seorang diri apabila dipercayai dilanggar sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Penduduk sekitar yang menyedari kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Advertisement

Pemandu dan kenderaan yang melanggar mangsa tidak dipastikan kerana telah beredar dari tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan dipercayai mangsa dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dipastikan ketika dia menyeberang jalan,” katanya.

Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement