PBDSB mahu kerajaan Sarawak dedah data statistik pemilik tanah

Mejar (B) Moses Ripai

KAPIT, 3 Okt: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menyeru kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertindak lebih proaktif dalam menangani isu berkaitan tanah di negeri ini.

Timbalan Presiden PBDSB, Mejar (B) Moses Ripai berkata, gesaan terbabit dibuat selepas parti itu mendakwa kerajaan Sarawak pimpinan GPS gagal dalam memberikan data statistik pemilikan tanah di Sarawak.

ā€œSekiranya kerajaan GPS negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serius dan ikhlas dalam menyelesaikan isu Tanah Hak Orang Asal (NCR), mereka perlu mengeluarkan data statistik status tanah di negeri iniā€, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Katanya, rakyat Sarawak mengetahui bahawa tanah di negeri ini adalah milik kerajaan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘registered state land’ dan ‘unregistered state land’.

“Tanah NCR adalah dibawah kategori ‘unregistered state land’ dan ini yang menjadi isu apabila kerajaan memberikan PL (Provisional Lease) kepada pihak syarikat atau individu tertentu menerusi Seksyen 28 Kanun Tanah Negeriā€, kata Moses.

Katanya, menjadi kewajipan kerajaan negeriĀ  mengeluarkan data statistik untuk pengetahuan umum.

Justeru, beliau meminta agarĀ  meminta kerajaan negeri untuk memberitahu rakyat Sarawak jumlah keluasan tanah yang telah diwartakan sebagai ā€œregistered state landā€, tanah yang dikategorikan sebagai ā€œunregistered state landā€, Provisional Lease (PL) yang telah diberikan, tanah yang telah diberikan geran individu dibawah Seksyen 18 dan syarikat-syarikat yang memegang pajakan berkenaan.

ā€œSelain itu, pihak PBDSB juga ingin tahu status pemilikan tanah yang telah menjadi gunasama dibawah Seksyen 6,” katanya

Beliau berkata, GPS tidak mempunyai alasan untuk tidak mengeluarkan statistik berkenaan melainkan ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan dan pastinya Jabatan Tanah dan Ukur Negeri memiliki data tersebut.

ā€œYa, sepatutnya tak menjadi masalah. Lain lah jika ada pihak berkepentingan memiliki tanah yang perlu dilindungi. Kita rakyat Sarawak terutamanya kaum Bumiputera seperti orang Dayak, Melanau dan Melayu berhak mengetahui pekara ini

“Kita juga meminta kerajaan GPS mendedahkan dokumen asal berkaitan pembentukan Malaysia yang diperoleh di London untuk dibawa ke pengetahuan umum kerana pada pendapat saya mungkin ada element penting berkaitan tanah NCR terkandung dalam dokumen berkenaan.

ā€œKita tengok dan lihat ketelusan kerajaan GPS di Sarawak nanti. Jangan pula kata under Akta Rahsia Rasmi (OSA) susahlah,” kata Moses. -DayakDaily