Paulus Ganti Abdullah Saidol

Abdullah Saidol (second right) presenting the document to Paulus at the State Assembly Building here.

KUCHING: Paulus Gumbang telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC) Sarawak menggantikan Abdullah Saidol yang memegang portfolio Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat).

Pengumuman tersebut telah dibuat pada sidang media semasa Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 yang sedang berlangsung.

Sementara itu, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi manakala ADUN Samalaju Majang Renggi sebagai Setiausaha.


Paulus merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau (N 69) yang bertanding sebagai calon BN menewaskan calon Bebas Ali Adap pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu dengan majoriti 2939 undi.

Abdullah Saidol dalam kenyataan pada minggu lepas menyatakan bahawa sesiapa yang bakal dilantik sebagai Pengerusi BNBCC harus mempunyai keberanian untuk bersuara dan berdebat dengan pihak pembangkang selain perlu sensitif serta peka dengan isu politik semasa.

Berikut adalah barisan kepimpinan BNBCC yang terbaharu:

Senarai Exco BNBBC 2017-2021

Pengerusi – YB Paulus Palu Gumbang(Batu Danau)

Timbalan Pengerusi -YB Aidel Lariwoo(Sadong Jaya)

Setiausaha – YB Majang Renggi(Samalaju)

Timbalan Setiausaha – -YB Gerald Rentap Jabu(Layar)

Bendahari – YB Ir. Lo Khere Chiang(Batu Kitang)

Timbalan Bendahari – YB Shafiee Hj. Ahmad(Daro)

Setiausaha Penganjur -YB Mohd Razi Sitam(Saribas)

Timbalan Setiausaha Penganjur – YB Miro Simuh(Serembu)

Exco
1.YB Dr. Hazland Abg Hipni(Demak Laut)

2.YB Martin Ben(Kedup)

3.YB Wilson Nyabong Ijang(Pelagus)

4.YB Datuk Ding Kuong Hiing(Meradong) -dayakdaily.com