This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 30 Julai: Pasukan Datuk Kalong Ningkan muncul juara Kejohanan Tenis Berpasukan Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Berlangsung di Gelanggang Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) di sini, Pasukan Kalong Ningkan mengalahkan Pasukan Tun Taib Mahmud dengan keputusan 3-2.
Dengan kemenangan tersebut, Pasukan Datuk Kalong Ningkan yang diketuai Hasbullah Ahmad menerima hadiah wang tunai RM1, 500.
Sebagai naib juara, Pasukan Tun Taib Mahmud menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Manakala di tempat ketiga dan keempat ialah Pasukan Dato Sri Tawi Sli dan Pasukan Tok Nan.
Pasukan Datuk Patinggi Abang Johari dan Tun Rahman pula berada di tempat kelima dan keenam.
Bagi kategori VIP Jemputan pula, Pasukan Henry Jinep mengalahkan Pasukan Xing Weiping dengan keputusan 4-3.
Kategori VIP disertai Konsulat General China His Excellency Xing Weiping dan Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep.
Hadir sama Konsulat General Indonesia His Excellency Raden Sigit Witjaksono dan Presiden Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew.
Lebih 100 pemain menyertai kejohanan yang diadakan mulai 28 hingga 30 Julai. ā DayakDaily