Pasukan bomba ambil masa 15 minit padam kebakaran di sebuah restoran

Kelihatan kesan kebakaran di sebuah restoran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

KUCHING, Mei 19: Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengawal kebakaran di sebuah restoran di Jalan Lapangan Terbang di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.10 petang.


Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Lintang kemudian bergegas untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Operasi pemadaman itu menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 200 kaki air pam dari jentera dan pili bomba.

“Keluasan kawasan yang musnah terbakar adalah kira-kira 45 peratus,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari belakang sebuah peti sejuk di restoran berkenaan.

Bagaimanapun ujarnya, punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.15 petang,” katanya. — DayakDaily