PAS Beting Maro sedia hadapi PRN12

Zharudin menghulurkan bantuan kepada seorang penduduk Kampung Semarang yang sakit pada program ziarah beliau.

KUCHING, 16 Ogos: PAS cawangan Beting Maro kini telah bersedia menghadapi Pilihanraya Negeri Ke-12 (PRN12) pada bila-bila masa.

Pada mesyuarat penyelarasan Majlis Tindakan Dun (MTD) Beting Maro hari ini, semua wakil dari 20 cawangan telah memberi maklum balas terhadap kesediaan setiap cawangan.

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Zharudin Narudin yang hadir pada mesyuarat turut mengingatkan semua agar fokus memastikan kemenangan parti pada PRN12.


“PAS mesti mempunyai suara di dalam Dewan Undangan Negeri akan datang bagi membawa aspirasi rakyat khususnya di Beting Maro dan Sarawak
keseluruhannya,” tegas Zharudin menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau menghargai usaha setiap cawangan yang peka terhadap isu kebajikan dan turun padang bertemu masyarakat.

Dalam pada itu, semua jentera parti termasuk agen di pusat penjumlahan undi digesa untuk mengemaskini kemahiran kerja-kerja berkaitan.

Terdahulu di sebelah pagi, Zharudin dan rombongan telah bersama PAS cawangan Sg Janggo, Kampung Semarang menziarah orang sakit dan
keluarga pengantin baru di situ. — DayakDaily