Pantai di Daerah Kabong berpotensi dibangun sebagai kawasan pelancongan

Datuk Sebastian Ting
Advertisement

KUCHING, 24 Nov: Tiga pantai di Daerah Kabong berpotensi dibangun sebagai kawasan pelancongan utama di Bahagian Betong.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting, ia adalah Pantai Tanjung Kembang, Pantai Gerigat dan Pantai Alit.

“Ketiga-tiga pantai ini adalah cantik, panjang dan bersih.

Advertisement

“Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Pejabat Residen Betong dalam menambahbaik kemudahan infrastruktur yang berkaitan dengan industri pelancongan,” katanya.

Ting berkata demikian di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjawab soalan Adun Kabong Mohamad Che Kadir hari ini.

Tambah beliau, pelbagai program diatur di Betong bagi menarik ramai lagi pengunjung datang ke bahagian tersebut.

Antaranya Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong, Ekspedisi Bukit Sadok, Karnival Gawai, Mountain Bike Ulu Paku, Pesta Ikan Buntal, Festival Makanan Beting Maro dan Pesta Saratok dan Regatta Kalaka.

Sebastian turut memaklumkan bahawa Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong akan diadakan pada bulan Mac 2023. — DayakDaily

Advertisement