Panglima 1 Divisyen menyantuni petugas Sekatan Jalan Raya di Suba Buan, Bau

Dzulkafli (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan pek raya kepada seorang petugas di SJR Suba Buan.

BAU, 13 Mei: Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa menyantuni petugas-petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) Suba Buan di Bau setelah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Solahuddin al Ayyubi Kem Penrissen, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion ke 10 Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Shafiron Saad.

Bersempena dengan sambutan 1 Syawal 1442H hari ini, Panglima 1 Divisyen menyampaikan sumbangan pek raya kepada petugas-petugas di SJR Suba Buan yang terdiri daripada anggota ATM, PDRM dan Rela.

Turut mengiringi beliau adalah Kolonel Mohd Rosli Abu Bakar iaitu Ketua Staf Markas 1 Divisyen dan Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen Kolonel Roshdan Ahmad. — DayakDaily