Pangkalan data usahawan Sarawak diwujudkan tahun hadapan — Awang Tengah

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Advertisement

KUCHING, 13 Julai: Pangkalan data usahawan Sarawak akan diwujudkan pada tahun depan, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut beliau, proses mengemas kini data tersebut kini sedang dilaksanakan menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat.

“Ini amat penting supaya kita boleh mengenalpasti syarikat-syarikat dan bidang yang dilakukan.

Advertisement

“Ia juga membolehkan kita mengenalpasti bentuk bantuan yang diberi sama ada dari segi kewangan ataupun latihan,” kata Awang Tengah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Sarawak hari ini.

Tambah Awang Tengah, dengan wujudnya pangkalan data itu nanti, bantuan boleh disalurkan dengan efisyen dan mampu mengelakan pertindihan.

“Kita mahu mengelakan pertindihan supaya sasaran kita lebih luas, dengan ini program bantuan dapat diselaraskan,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Tengah memaklumkan bahawa kerajaan akan terus membantu koperasi agar mampu berkembang.

Katanya, koperasi yang berjaya diharap akan terus berjaya malah mampu menerokai pelbagai sektor. — DayakDaily

Advertisement