Pandu lori secara lawan arus trafik dan merbahaya, seorang lelaki ditahan polis

File Photo/Photo source: Wikimedia Commons

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 3 Nov: Seorang lelaki ditahan pihak polis awal pagi Rabu kerana memandu sebuah lori dalam keadaan merbahaya termasuk memandu melawan arus trafik di Piasau Jaya.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, telah cuba melarikan diri dengan memecut lori yang dipandunya secara melawan arus sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.30 pagi semalam.

“Unit Peronda telah mengejar lelaki tersebut dan berjaya menahannya bersama lori yang dipandu olehnya,” ujar Alexson.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota bertugas mendapati lori yang dipandu itu tidak mempunyai cukai jalan dan lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga ingin menegaskan kepada masyarakat agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi arahan serta memberikan kerjasama kepada pihak polis. — DayakDaily