This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 16 Ogos: Lebuhraya Pan Borneo akan siap sepenuhnya pada bulan Disember tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Uggah berkata, keseluruhan projek tersebut kini telah siap 96.6 peratus.
Katanya, beberapa tempat yang masih belum siap sepenuhnya termasuk Lambir, Sri Aman, Bukit Begunan, Lupon dan Sarikei.
“Hanya beberapa tempat sahaja, yang lain berjalan lancar.
“Pan Borneo akan menjadi ‘game changer’ untuk rakyat Sarawak, terutama untuk perniagaan, kehidupan dan perjalanan kita,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke tapak projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di tapak pembinaan Jejambat Bekenu pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkongsi pengalamannya mengetuai rombongan Jelajah Eksplorasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang memulakan perjalanannya dari Kuching pada Isnin.
“Sangat seronok, ini adalah perjalanan yang sangat lancar dan pemandangannya sangat menarik,” tambahnya.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan telah melakukan lawatan ke Jejambat Nyabau di Batu 5, persimpangan Jalan Bakun Junction – Sungai Tangap (Work Package 10) dan Link Sungai Tangap – Pujut (Work Package 11). — DayakDaily