Padah tumbuk rakan, seorang lelaki diberkas

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

SIBU, Mei 25: Padah menumbuk rakan sekerja selain bertindak merosakkan harta benda milik kerajaan, seorang lelaki telah diberkas oleh polis semalam.

Suspek ditahan selepas dua rakannya yang masing-masing berusia 27 dan 29 tahun membuat laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu.


Sumber polis berkata kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan. Suspek pula dibawa ke Balai Polis Sentral di sini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah semasa bertindak menumbuk rakannya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427/323 Kanun Keseksaan,” katanya. — DayakDaily