Padah dedah kod TAC, seorang eksekutif jualan lesap wang RM6,099

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Okt 19: Panik dengan ugutan daripada seorang wanita yang meminta kod TAC kad banknya, seorang eksekutif jualan lelaki ‘lesap’ wang berjumlah RM6,099 setelah ditipu sindiket ‘Macau Scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Ghani Abdullah, berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Okt lepas.


Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, mangsa yang berusia 29 tahun telah menerima pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada orang yang tidak dikenali dan memperkenalkan dirinya sebagai Siti Aliza di talian 011-12523225.

“Suspek kemudian minta tolong kepada mangsa agar hantar semula kod TAC yang mangsa terima dari nombor 68833.

“Kemudian mangsa bertindak menghantar semua mesej tersebut kepada suspek,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa memberitahu, mangsa yang mula berasa risau dengan tindakan dirinya yang memberikan kod TAC suspek kemudian membuat panggilan ke bank CIMB untuk memastikan wang masih ada dalam akaun simpanan.

“Selepas disemak oleh pihak bank CIMB, mangsa kemudian dimaklumkan bahawa bahawa wang simpanannya sebanyak RM6,099 sudah dipindahkan ke akaun Bank Rakyat atas nama Andrew Lingan.

“Buat masa ini, pihak polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya lagi.Ā ā€” DayakDaily