Oleh Brad Rantayy
MIRI, 11 April: Seorang lelaki ditahan selepas ditemui membawa 230 karton arak bernilai RM37,597.80 tanpa cukai kastam di dalam sebuah van pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah semasa menjalankan Op taring Kontraban pada jam 9 pagi di tepi jalan lapangan terbang.
“Semasa pemeriksaan dilakukan, van tersebut terdapat minuman keras dalam tin jenama Sagota (kotak kuning) dan Kingway (kotak hijau) tiada tanda cukai, setelah di soal siasat pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada pihak Kastam,” jelasnya.
Minuman keras tersebut disyaki dibawa tanpa cukai Kastam dan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
Jumlah keselurahan rampasan termasuk van suspek adalah sebanyak RM 72,597.80. — DayakDaily