Padah baring atas jalan, seorang lelaki temui ajal selepas dirempuh kereta

Royal Malaysia Police logo

Oleh Dean Adam

SIBU, Mei 20: Seorang lelaki menemui ajal selepas dirempuh kereta selepas dipercayai baring di atas Jalan Sibu Jaya awal pagi tadi.

Menurut sumber, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepalanya.


Kata sumber, motif mangsa berbaring di atas jalan berkenaan masih belum diketahui.

“Kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu telah menyebabkan mangsa diseret beberapa meter oleh sebuah kereta,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, pemandu kereta itu telah memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily