P-turn di persimpangan Meruton/Merudu dan Saratok ke Pekan Jakar siap Mac 2024 – Nanta

Nanta semasa menjawab soalan di Dewan Negara.

KUCHING, 5 Dis: Kementerian Kerja Raya mendapat kelulusan bagi menambahbaik P-turn di persimpangan Meruton/Merudu dan Saratok ke Pekan Jakar.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja penambahbaikan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2024.

“Kementerian dengan kerjasama JKR Sarawak telah mengkaji kaedah terbaik bagi melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.


“Dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kemudahan akses keluar masuk untuk penduduk sekitar ke Pekan Jakar, kelulusan telah diperolehi bagi menambahbaik P-turn sedia ada kepada simpang belok ke kanan,” katanya.

Nanta berkata demikian dalam pertanyaan di Dewan Negara yang telah diajukan oleh YB Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead baru-baru ini.

Tambah Nanta, kerja-kerja untuk melaksanakan P-Turn memerlukan usaha dan penglibatan pihak-pihak lain terutama di dalam aspek pembinaan dan peralihan utiliti yang juga melibatkan kawasan-kawasan lain. — DayalDaily