This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 20 Jun: Mulai hari ini, orang ramai boleh memohon bantuan projek-projek infrastruktur awam kecil di bawah RM200,000.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi projek-projek kecil.
“Kementerian Ekonomi telah membangunkan sistem Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang membolehkan rakyat mengemukakan permohonan projek infrastruktur kecil awam terus kepada Kementerian Ekonomi,” kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, permohonan boleh dibuat melalui laman web IKR di alamat ikr.ekonomi.gov.my.
Tambah Rafizi, IKR diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi bagi membolehkan rakyat memaklumkan secara terus mengenai keperluan projek infrastruktur kecil awam di kawasan setempat masing-masing.
Seterusnya memohon keperluan tersebut untuk pertimbangan peruntukan kepada Kementerian Ekonomi.
Manakala kriteria permohonan projek kecil katanya, ia memberi manfaat segera kepada rakyat setempat.
“Projek dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, bersifat best value for money, tiada elemen bermewah-mewah dan amat diperlukan untuk kepentingan.
“Projek bukan untuk tujuan aset individu dan tidak terletak di atas tanah milik persendirian serta tidak melibatkan pengambilan tanah.
“Dan projek tidak bertindih dengan projek yang telah memperoleh kelulusan peruntukan daripada agensi Kerajaan lain,” ujar Rafizi. — DayakDaily