Orang ramai dialu-alukan sertai Larian Bersama Bomba Ke-5

Promosi Larian Bersama Bomba Ke-5.

Oleh Dean Adam

MIRI, Mei 13: Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Larian Bersama Bomba Ke-5 di sini pada Ogos 18, 2019.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong, larian tersebut akan berlangsung di sekitar pusat bandar raya Miri.

Kata Law, tarikh pendaftaran itu dibuka bermula Mei 11 hingga Julai 12, 2019.

“Borang pendaftaran boleh didapati di Share Tea Boulevard dan Balai Bomba dan Penyelamat terdekat,” kata Law dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Law menambah, kenyataan sama juga boleh dimuat turun dari laman web http://bulatanparkrunnersclub.com/larian-bersama-bomba-ke-5/. — DayakDaily