Oleh Dean Adam
BINTULU, April 1: Seramai 50 anggota bomba masih berusaha melakukan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan Taman Negara Similajau dekat sini hari ini.
Operasi yang memasuki hari keempat itu diketuai oleh Komander Operasi, Mohamat Meramit.
Turut menyertai pasukan bomba dari BBP Bintulu, BBP Samalaju dan BBP Tatau ialah 15 petugas Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, ketika ini kerja-kerja pemadaman dilakukan di sekitar kawasan Latitud 3.319383 Longitud 113.135387.
Katanya, operasi pemadaman dijalankan pada keluasan 1,500 kaki kawasan kebakaran dengan menggunakan air dari ‘primover water tanker’.
“Staging area untuk pos kawalan bomba adalah di Longitud 3.320961 Longitud 113.133335.
“Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap sama menambah, tindakan operasi ialah dengan menggunakan ‘direct approach’, dan dibahagikan kepada 4 sektor.
Katanya, 3 sektor sebagai attacking (‘relay pumping’ 1,500 kaki, 2 nozzle menggunakan sumber air terbuka) dan 1 sektor sebagai ‘water management’
“Status terkini ialah, sektor 1 dan sektor 2 telah 90 peratus terpadam, manakala sektor 3 dalam kerja-kerja pemadaman,” katanya. — DayakDaily