Kawasan belukar di tanah perkuburan terbakar akibat cuaca panas

Kelihatan kesan kebakaran.

MIRI, April 1: Cuaca panas yang berterusan turut mengakibatkan berlakunya kebakaran belukar di kawasan Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong, Krokop di sini hari.

Jurucakap bomba dan penyelamat Miri berkata, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam.

Katanya, sebaik tiba, komander operasi melaporkan api sedang membakar kawasan belukar di kawasan perkuburan itu.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di kawasan tanah perkuburan.

“Anggota bomba kemudian bertindak membuat operasi pemadaman bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain,” katanya di sini hari ini

Jurucakap sama menambah, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran merebak ke kawasan perkuburan.


“Operasi memadam kebakaran tamat apabila api dipadamkan sepenuhnya,” katanya. — DayakDaily