Ops Dadu: 5 individu kump perjudian nombor ramalan terbesar di Miri ditangkap polis

Pemuda berusia 22 tahun (tengah) dipercayai ketua kumpulan ditahan polis tengahari Sabtu di kaki lima sebuah kedai makanan di Senadin.
Advertisement

Brad Rantayy

MIRI, 21 Nov: Polis Miri percaya menumpaskan satu kumpulan perjudian nombor ramalan terbesar di Bandaraya ini dengan tangkapan lima individu, termasuk seorang wanita dalam beberapa serbuan dijalankan pada Jumaat (20 November).

Kesemua suspek berusia sekitar 18 sehingga 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) dalam operasi ‘Ops Dadu’.

Advertisement

Suspek pertama ditahan berusia 22 tahun dipercayai “pengendali’ utama kumpulan kegiatan perjudian nombor ramalan tersebut.

Lelaki warga tempatan itu ditahan di kaki lima sebuah kedai makan di Senadin sekitar jam 12.25 petang itu membawa kepada penahanan empat suspek yang lain.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesahkan tangkapan.

Dipercayai kumpulan tersebut bergiat aktif dalam kegiatan menjual ramalan nombor ekor haram dan perjudian atas talian sejak beberapa bulan lalu. Kes disiasat mengikut Seskyen 4A(a) Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily

Advertisement