Oleh Dean Adam
BINTANGOR, Mac 13: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Indonesia yang memasuki hari ketiga di Ladang Zumida masih menemui jalan buntu, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, setakat ini mangsa yang dikenali sebagai Yosep Tesu masih gagal ditemui.
Katanya, radius pencarian operasi SAR tersebut adalah sejauh 3 hingga 4 kilometer.
“Operasi SAR hari ini juga dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan pekerja ladang berkenaan.
“Pencarian bermula menyusuri anak sungai di sekitar mangsa dikatakan hilang dan kawasan ladang sawit berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap sama menambah, sehingga kini pasukan SAR tiada menemui sebarang jejak mangsa yang hilang.
“Maklumat tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily