Operasi perkhidmatan JTS Sarawak ditutup sementara

Closed. — DayakDaily.com file pic. // Image by Gerd Altmann from Pixabay

KUCHING, 10 Mac: Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak akan menutup operasi perkhidmatan di Bangunan Menara Pelita, Petra Jaya, Kuching untuk sementara waktu.

JTS dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia akan ditutup mulai 11 Mac hingga 12 Mac 2021 dan akan beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 15 Mac 2021.

“Ini adalah langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi ‘standard’ (SOP) ditetapkan.


“Oleh yang demikian, tiada urusan melibatkan secara bersemuka atau fizikal pada hari tersebut,” menurut kenyataan itu.

Justeru, JTS menasihati orang awam agar berurusan secara atas talian iaitu melalui e-Lasis dengan mengunakan komputer, atau menerusi Mobile Lasis yang boleh dimuat turun Aplikasi Google Play atau Aplication Store dalam telefon pintar.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung melalui email ke landsurvey@sarawak.gov.my. — DayakDaily