Operasi pejabat JTS Bintulu ditutup hari ini

Closed. — DayakDaily.com file pic. // Image by Gerd Altmann from Pixabay

KUCHING, 12 April: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu menutup operasi pejabat untuk sementara waktu hari ini.

JTS menerusi satu kenyataan semalam berkata, pejabat akan beroperasi seperti biasa pada Selasa, 13 April 2021.

Justeru, segala urusan berkaitan dengan urusan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya boleh dibuat secara atas talian iaitu melalui e-Lasis.


Urusan juga boleh dibuat melalui Mobile Lasis yang boleh dimuat turun Aplikasi Google Play atau Application Store pada telefon pintar atau komputer.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung di talian 082-444111 atau email ke landsurvey.sarawak.gov.my. — DayakDaily