Operasi padam kebakaran hutan di Taman Negara Similajau diteruskan

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

BINTULU, April 15: Operasi pemadaman kebakaran hutan di Taman Negara Similajau dekat sini masih diteruskan hari ini.

Operasi yang memasuki hari kesembilan itu dilakukan pada pukul 8.30 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan terbahagi kepada dua kumpulan dengan jarak 2,500 kaki dari pam angkut dan melalui air dari jentera ‘prime mover’.

Katanya, operasi pemadaman sehingga kini berjaya memadam kebakaran seluas 3 ekar lebih daripada 2 hektar keseluruhan kawasan yang terbakar.

“Komander operasi juga melaporkan sehingga kini kebakaran sudah dapat dikawal,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi tersebut melibatkan 18 anggota bomba dari BBP Bintulu.

“Selain itu, 20 petugas SFC (Sarawak Forestry Corporation) turut serta dalam operasi berkenaan,” katanya. — DayakDaily