KUCHING, 28 April: Operasi pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri akan ditutup sementara waktu pada Jumaat, 30 April 2021.
JTS dalam satu kenyataan hari ini berkata, pejabat akan beroperasi semula pada Isnin, 3 Mei.
“Ini bertujuan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi ‘standard’ (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Oleh yang demikian, tambah JTS, segala urusan berkaitan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya boleh dibuat secara atas talian, iaitu melalui e-Lasis dan Mobile Lasis yang boleh dimuat turun aplikasi Google Play atau aplikasi Apple Store pada telefon pintar atau komputer.
Sebarang pertanyaan dengan perkhidmatan tersebut boleh dituju ke talian 082-444111 atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my. — DayakDaily