Notis penutupan pejabat LHDNM sempena Hari Gawai, Hari Raya

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia logo

KUALA LUMPUR, Mei 27: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di negeri Sarawak tidak akan beroperasi pada Jun 4 (Selasa) bersempena dengan Sambutan Hari Gawai 2019.

LHDNM dalam satu kenyataan media juga memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di seluruh negara tidak akan beroperasi pada Jun 7 (Jumaat) bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada Jun 5 dan 6 (Rabu dan Khamis).

Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, para pelanggan adalah digalakkan untuk menyelesaikan urusan percukaian dan yang berkaitan dengan LHDNM sebelum tarikh-tarikh tersebut. Namun demikian, para pelanggan masih boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.


LHDNM juga mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. — DayakDaily