Notis gangguan bekalan air terancang di Kerubong, Selalang, Kota Samarahan, Tambirat dan Asajaya

Water. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mac 20: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meminta penduduk lima kawasan iaitu Kerubong dan Selalang di Sarikei dan Kota Samarahan, Tambirat serta Asajaya di Samarahan untuk bersedia menghadapi gangguan bekalan air.

Menurut jabatan terbabit di laman Facebook JBALB Sarawak, kawasan Kerubong dan Selalang di Sarikei akan mengalami gangguan bekalan air terancang pada Mac 21 (Khamis).

Gangguan tersebut akan bermula 9 pagi sehingga 12 tengahari atau bergantung kepada kerja pemasangan ‘pumping main’ baru di loji Selalang.


JBALB Sarikei juga telah mengerahkan pihak kontraktor untuk memasang secepat yang mungkin ‘pumping main’ baru terbabit.

Manakala kawasan Kota Samarahan, Tambirat dan Asajaya di Samarahan pula akan mengalami gangguan air terancang pada Mac 22.

Gangguan air terancang di tiga kawasan terbabit akan bermula dari pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi pada hari Sabtu, Mac 23.

Gangguan terbabit adalah disebabakan kerja pemindahan paip utama (900mm diameter) yang menyalurkan air daripada Loji Rawatan Air Batu Kitang ke Tangki Entinggan.

JBALB Sarawak sehubungan itu berharap semua pengguna di kawasan terjejas menyimpan air dan menjimatkan penggunaan air semasa tempoh tersebut. — DayakDaily