Notis gangguan bekalan air di kawasan Kapit

Water. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Jun 4: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meminta penduduk di kawasan Kapit supaya bersedia menghadapi gangguan bekalan air pada Hari Raya Aidilfitri Hari Keempat atau Jun 8 depan.

Ini berikutan jabatan itu telah mengeluarkan notis gangguan air di bahagian Kapit terbabit yang akan bermula jam 7 petang dan dijangka berakhir lima jam kemudian atau jam 12 tengah malam.

“Kawasan yang terjejas ialah kawasan pasar, kawasan Puan Sri Tiong, kawasan Beleteh, Kampung Kemarau, Country Height, Taman Bian Hua dan Chelsea Height,” menurut jabatan itu dalam satu terbitan di laman Facebook JBALB Sarawak.


Gangguan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja pembersihan pada ‘Sedimentation Basin’ 3 dan 4 di Loji Rawatan Air baru Kapit dan menyebabkan pengeluaran air dari loji terbabit adalah pada separuh kapasitinya.

“Kami memohon supaya penduduk menyimpan bekalan air secukupnya semasa gangguan berlangsung,” kata JBALB Sarawak yang juga memohon maaf atas kesulitan serta meminta pihak yang mahu maklumat lanjut untuk menghubungi JBALB Kapit di talian 084-796135.

Selain itu, JBALB Sarawak juga mengumumkan yang kerja-kerja pembaikan kebocoran pada saluran paip air mentah pada Loji Rawatan Air Lundu di atas Gunung Gading, Lundu telah siap dilakukan pihak kontrektor jam 3.30 petang hari ini.

Oleh itu, Loji Rawatan Air Lundu akan kembali beroperasi seperti biasa dan bekalan air akan pulih secara berperingkat. JBALB memohon maaf diatas kesulitan dialami pihak pengguna di daerah Lundu. — DayakDaily