Notis gangguan bekalan air di Asajaya dan Betong

Water. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mei 19: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak meminta penduduk Asajaya dan Betong bersedia menghadapi gangguan bekalan air pada Selasa dan Rabu ini.

Menurut satu kenyataan yang diterbit di laman Facebook JBALB Sarawak, gangguan air di kawasan Asajaya akan berlaku Selasa ini (Mei 21) dari jam 8 pagi sehingga jam 4 petang.

“Kawasan terjejas dari Sebandi Ulu atau Matang hingga ke Pasar Asajaya. Huraian gangguan ialah kerja-kerja penyambungan saluran paip saiz 355mm diameter di Simpang Moyan Ulu,” menurut JBALB Sarawak.


Manakala gangguan air di kawasan Betong pula pada Rabu ini (Mei 22) dari jam 9 malam sehingga jam 1 pagi.

“Kawasan yang mungkin terjejas ialah selepas Simpang Nanga Padeh ke kawasan Pasar Lama Betong, Pasar Baru Betong ( Medan), Sekolah Kebangsaan St Augustine Betong, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Betong, Sekolah Menengah St Augustine Betong, Sekolah Kebangsaan Abdul Kadir Betong,” menurut JBALB Sarawak.

Kawasan lain turut terjejas ialah Betong, sepanjang Jalan Tanjung Assam, sepanjang Jalan Lidong, sepanjang jalan ke simpang Betong, Hospital Betong, kawasan Berbanggai dan kampung di sekitar Betong.

Gangguan bekalan air terbabit disebabkan kerja-kerja membaikpulih “Pumping Main 350mm DI Pipe” yang mengalami kebocoran di Simpang Padeh, Betong dengan kerja baikpulih itu sepatutnya dilakukan pada Sabtu lepas tetapi ditunda ke Selasa ini disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu jabatan berkenaan meminta penduduk di kawasan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan harian sepanjang tempoh ganguan bekalan air itu. — DayakDaily