NIOSH ingatkan majikan amal prosedur kerja selamat

Datuk Wilson Ugak Kumbong
Advertisement

KUCHING, 23 Feb: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berharap agar semua pihak majikan dan pekerja untuk sentiasa berwaspada dan terus mematuhi prosedur kerja selamat.

Pengerusi NIOSH Datuk Wilson Ugak berkata, ia seperti yang telah termaktub di dalam perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Beliau merujuk insiden yang tular di media sosial berkaitan beberapa individu yang berdepan dengan detik cemas apabila sebuah gondola yang dinaiki berbuai dan berpusing akibat di tiup angin kencang.

Advertisement

“Kejadian yang berlaku di sebuah bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur pada semalam berjaya dirakam oleh orang awam.

“Gondola yang berpusing-pusing tersebut juga turut merempuh struktur bangunan dan beberapa individu yang menaiki gondola tersebut dilihat mengimbangkan diri sambil cuba untuk berusaha menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yakin insiden kejadian tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Katanya, sebarang insiden kemalangan termasuk kejadian yang berbahaya wajib dilaporkan oleh majikan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang dan potensi kecederaan dan kematian dapat dielakkan di masa hadapan.

“Kejadian-kejadian seperti ini adalah lumrah bagi pekerjaan yang berisiko tinggi dipelbagai sektor pekerjaan terutamanya yang melibatkan aktiviti-aktiviti bekerja di tempat tinggi seperti gondola, perancah, kren dan lain-lain.

“Kerja berisiko tinggi bukan hanya melibatkan aspek penggunaan mesin atau jentera dan peralatan cegah jatuh, tetapi penaksiran risiko dan langkah kawalan juga perlu mengambil kira elemen keadaan cuaca semasa,” ujar Wilson. ā€” DayakDaily

Advertisement