Ning Baizura dan Harvey Malaihollo buat persembahan di KWJF 2019

Ning Baizura
Advertisement

KUCHING, 24 Sept: Ning Baizura dan Harvey Malaihollo akan membuat persembahan di ‘Kuching Waterfront Jazz Festival’ (KWJF) pada 27-28 September ini.

Selain Ning dan Harvey, KWJF edisi ketiga yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) ini turut mengetengahkan artis-artis jazz terkemuka tempatan serta antarabangsa seperti Sitti Navarro (Filipina) dan Dave Brewer & The DooDaddies (Australia).

Ini termasuk Dawn Wong & The Shanghai Jazz Club (Singapura), Z Yan (Malaysia), Ushera (Malaysia), Saxx In The City (Indonesia) dan Q Sound (US/Malaysia).

Advertisement

Bakat tempatan dari Sarawak iaitu Xanaduduo, Nisa Addina, Swaiv dan pemenang pertandingan ‘band jazz’, The Fingerprints, turut membuat persembahan.

Harvey Malaihollo

Pada tahun-tahun yang lalu, festival ini diadakan di tebingan sungai di luar Hotel Grand Margherita tetapi kali ini ditukar lokasi ke Dewan Masyarakat MBKS akibat masalah jerebu teruk yang melanda Kuching.

Namun demikian, topeng hidung dan mulut jenama N95 yang ditaja Shine Pharmacy akan diberikan kepada pengungjung-pengunjung untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di sepanjang festival.

Anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), festival jazz merangkumi persembahan konsert, gerai makanan dan bazar kesenian.

Tiket menyaksikan festival boleh dibeli dari Hotel Grand Margherita, secara talian di www.kuchingwaterfrontjazz.com atau secara terus di kaunter festival.

Untuk keterangan lanjut boleh bertanya melalui email ke kuchingwaterfrontjazz@gmail.com. — DayakDaily

Advertisement